Cikgu ILMU, app AI percuma YTL untuk bantu ibu bapa urus homework
YTL AI Labs lancarkan Cikgu ILMU, app pembelajaran AI percuma yang mengikut silibus KSSR dan KSSM. Dilancar Perdana Menteri di PICC, app ni sokong empat bahasa dan direka supaya anak tidak chat terus dengan AI.
Oleh Muhammad Zahari · · 2 minit baca

Malaysia ada app tutor AI percuma yang dibina khas untuk ibu bapa. Namanya Cikgu ILMU, dibangunkan YTL AI Labs, dan dilancarkan hari ni, 25 November 2026, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa inisiatif AI Temu AI di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek juga hadir.
Menurut Pengarah Eksekutif YTL AI Labs, Yeoh Pei Lou, seperti dilaporkan Bernama, app percuma ni membolehkan ibu bapa snap gambar homework anak, kemudian terima penerangan langkah demi langkah tentang konsep pembelajaran, termasuk dalam bahasa yang mereka pilih. Platform ni direka untuk membantu ibu bapa yang mungkin susah faham soalan, subjek atau bahasa dalam tugasan sekolah anak.
Cikgu ILMU dibina atas Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), dan merangkumi pembelajaran dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. App ni menyokong empat bahasa dalam sistem pendidikan kebangsaan: Bahasa Melayu, English, Cina dan Tamil, serta menyediakan penerangan audio. Yeoh berkata platform tu dikuasakan AI Malaysia, dengan pemahaman bahasa Melayu dan konteks tempatan, supaya penerangan relevan dengan pembelajaran sekolah.
Dari segi keselamatan, platform ni direka supaya kanak-kanak boleh dapat manfaat AI tanpa berinteraksi terus dengan chatbot. Ibu bapa yang jana kuiz atau aktiviti pembelajaran melalui platform, kemudian beri kepada anak untuk disiapkan sendiri, tanpa akses kepada fungsi chat AI. Selepas kuiz siap, AI akan semak dan analisis jawapan, lalu sediakan laporan prestasi untuk ibu bapa dan anak. Laporan tu bertujuan bantu kenal pasti kekuatan anak dan topik yang perlu diberi perhatian.
Selain penerangan homework, Cikgu ILMU juga boleh sediakan panduan ulangkaji, kuiz dan flashcards. App ni boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store, bersama ILMUchat, pembantu perbualan AI Malaysia, menurut Bernama.
Untuk ibu bapa yang selalu tercangar masa malam sebab homework, app percuma yang ikut silibus tempatan ni memang berita yang relevan. Yang penting, model dia ibu bapa yang kawal, bukan anak yang chat sendirian dengan AI.
Sumber: Bernama, juga dilaporkan New Straits Times dan EdgeProp. Post Threads: Cikgu ILMU di @amadzahry.



